Konsep 1Malaysia




Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Keadilan ini mestilah diambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.




Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan, akan tetap dilaksana. Perpaduan yang digambarkan oleh Gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di Negara-Negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan digantikan dengan satu identiti nasional yang sama.


Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.


Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu WAWASAN 2020 tercapai jika diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Inilah bunian yang berjaya dizahirkan...Kuang...kuang...kuang...

Istana Seri Mananti, Nogori Sembilan

Inilah istano hinggap den dolu2...
Inilah Kalau Saper Nak Tau Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang... Bukan Makam Kucing Bertanduk....

BERKEMPEN DI TERENGGANU


MAHAGURU SILAT & Y.A.B DATO' SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK


SEJARAH RINGKAS DAN PENCAPAIAN

YM. Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju, Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) telah dilahirkan pada 29hb Mei 1941 di Puchong Selangor. Bermula dengan 5 orang anak murid, beliau mengembangkan Silat Lincah pada tahun 1963 di gelanggang pertama di Kampung Puah sehinggalah mempunyai keahlian seramai 800 000 orang di Malaysia dan 30 000 orang di luar Negara. Pertubuhan yang diiktiraf mempunyai keahlian teramai dan terunggul dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Record edisi pertama ini telah sah didaftarkan pada tahun 1969 dan berkembang ke serata dunia.

Omardin telah membawa Silat Lincah terkenal sehingga mencapai banyak kejayaan yang berjaya menaikkan maruah dan martabat bangsa melayu. Antara kejayaan tersebut seperti menubuhkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Federasi Silat Antarabangsa (PERSILAT), mengadakan demonstrasi peringkat dunia secara besar-besaran pada 1976 dan berjaya menyatukan Seni Beladiri yang ada di Malaysia dibawah Majlis Seni Mempertahankan Diri Negara (MARCIL). Terkini, hasil usaha Omardin maka hari ini wakil daripada Silat Lincah iaitu Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin berjaya memenangi kerusi Naib Presiden Kesatuan Beladiri Dunia (WoMOU) yang berpusat di Korea Selatan. Selain itu, PSSLM berjaya mengadakan perhimpunan-perhimpunan besar dan pada perhimpunan di Pulau Pinang 1975, ianya telah menarik seramai 100 000 penonton menyaksikan perhimpunan dan demonstrasi kebatinan.

Namun apa yang lebih membanggakan, walaupun beliau menghadapi pahit jerih, kepayahan dan pelbagai rintangan dalam mengembangkan budaya melayu ini namun beliau telah berjaya menjadi seorang pemimpin yang dapat mempertahankan sebuah organisasi begitu besar selama 43 tahun tanpa berpecah belah dan hasil daripada itu maka hari ini Silat Lincah merupakan satu seni yang menjadi jambatan budaya kepada Negara luar dan bangsa asing di dalam memperkenalkan budaya utama orang melayu apatah lagi kejayaan beliau membawa pemimpin-pemimpin Negara iaitu Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas sebagai Ulul Amri I, YAB. Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sebagai Ulul Amri II dan YAB. Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sebagai Ulul Amri III dan YAB. Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Ulul Amri IV.