Konsep 1Malaysia




Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Keadilan ini mestilah diambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.




Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan, akan tetap dilaksana. Perpaduan yang digambarkan oleh Gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di Negara-Negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan digantikan dengan satu identiti nasional yang sama.


Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.


Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu WAWASAN 2020 tercapai jika diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment